Sunday 1 December 2013

order

 Tempahan

1) Tempahan dibuat melalui email di sweetsweetsugar7@gmail.com / PM di fb kami / SMS ,whatsapp di talian 019-577 7124.  Tempahan kecil mesti dibuat sekurang-kurangnya 2 minggu dari tarikh majlis, manakala tempahan besar sebulan sebelum majlis.

2) Setelah mendapat pengesahan tempahan, bayaran hendaklah dijelaskan ke akaun maybank no107041064262 ( Muhammad Mazlan Shah) , sila sertakan bukti pembayaran sekali. Sekiranya tiada bayaran diterima, maka tempahan dianggap tidak serius.

3) Pengeposan dilakukan melalui POS LAJU , dan caj pos bergantung kepada berat tempahan. Bungkusan Pos akan di caj RM7.00 untuk setiap 2 kg dan seterusnya RM1.50 untuk setiap 1 kg
sehingga 30 kg.


5) Boleh juga datang ke rumah untuk mengambil tempahan. Lokasi rumah saya terletak di Bandar Bukit Tinggi, Klang 




Monday 4 November 2013

Resipi Kuih Seri Ayu yang Lembut

Jom cuba resipi untuk kuih seri ayu ni. Memang lembut dan  sedap sangat. Rasanya dah lama tak makan kuih seri ayu ni. Masa kecil dulu memang mak la yang rajin masak kuih ni. Sekarang kalau nak makan kenalah belajar  buat sendiri sebab tak selalu dapat balik kampung kan. Untuk adunan ini, saya cuma buat setengah adunan sahaja, itu pun dapat menghasilkan lebih kurang 25 biji . Bahan-bahan untuk kuih seri ayu ni senang didapati dan pembuatannya pun tak la rumit sangat..Jom check resipinya.




Resipi Kuih Seri Ayu
Resipi Asal : Raihanna


  • 4 biji telur yang disimpan di dalam peti sejuk
  • 300 gm gula (diblend halus)
  • 250gm tepung gandum
  • 400 ml air
  • 1 biji kelapa diparut
  • sedikit kelapa putih yang diparut
  • 10 helai daun pandan
  • 1 sudu teh tepung ubi / tepung gandum
  • 1 sudu teh pewarna hijau
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu besar ovalett
  • sedikit minyak
  • sedikit garam
  • acuan kuih
Cara-cara

  1. Sediakan air untuk mengukus kuih.Panaskan air  di atas dapur.
  2. Ayakkan tepung bersama dengan baking powder
  3. Gaulkan kelapa parut bersama sedikit garam dan seikit tepung. 
  4. Sapukan minyak pada acuan kuih. Masukkan sedikit kelapa dan tekan-tekankan kelapa supaya ia menjadi kemas


5. Pukul telur dan gula sehingga kembang

6. Masukkan ovalette dan pukul sehingga betul-betul gebu.



7. Potongkan daun pandan dan blendkan bersama air untuk mendapatkan pati daun pandan.
8. Tuangkan pati daun pandan tadi ke atas sebiji kelapa tadi. Perahkan untuk mendapatkan santan kelapa pula. Tunggu beberapa minit sehingga  terbentuknya dua lapisan. Lapisan atas adalah pati manakala lapisan bawah ialah air.
9. Kita hanya memerlukan  bahagian atas sahaja. Ambil sebanyak 250ml sahaja.
10. Kaupkan tepung gandum dan pati santan ke dalam adunan telur tadi. Masukkan berperingkat-peringkat dan pastikan tepung di kaup sebati sebelum  dimasukkan lebihan tepung (JANGAN MASUKKAN SEMUA TEPUNG DAN SANTAN SEKALIGUS, ATAU KUIH AKAN MENJADI BANTAT)
11. Anda boleh menambah sedikit pewarna hijau untuk mendapatkan warna yang sedikit terang.


12. Tuang adunan ke dalam acuan dan kukus selama 10-15 minit. Lapkan penutup kukusan sekali-sekali supaya air tidak menitis di atas kuih tadi.



Sunday 3 November 2013

Resipi Pelbagai Sos untuk Dessert

Jom intai-intai resipi untuk pelbagai sos yang sesuai dihidangkan bersama manisan, kek, roti , cookies  ataupun ais krim

1. Resipi sos karamel

Bahan-bahan

  •  2 cawan gula
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan whipping cream(suam)
  • 2 sudu besar butter
  • 1/4  whipping cream (suam)


Cara-cara

  1. Panaskan gula dan air dengan api sederhana. Perhatikan warnanya sehingga bewarna keemasan. Jika menggunakan candy thermometer, pastikan suhu mencecah 350 degrees. (Jangan dikacau ketika campuran ini dipanaskan)
  2. Jauhkan dari api dan dengan menggunakan senduk kayu kacau adunan tadi.
  3. Masukkan 1/2 cawan whipping cream dan butter. Pada waktu ini berhati-hati kerana  adunan akan berbuih-buih. Kacau sehingga adunan sebati.
  4. Masukkan lagi 1/ cawan whipping cream dan kacau sebati.
  5. Pindahkan ke dalam bekas tahan panas dan tutup dengan plastik wrap. Tunggu sehingga sejuk barulah disimpan di dalam peti ais. 
2. Resipi  sos Butterscotch 

Bahan-bahan

  • 50gm butter
  • 50gm  gula perang
  • 50gm golden syrup
  • 75ml whipping cream
  • sedikit perisa vanilla

Cara-cara
  1. Panaskan butter, gula perang, golden syrup dan vanilla esen dengan api sederhana sehingga sedikit mendidih.
  2. jauhkan dari api dan tambahkan whipping cream dan kacau sehingga sebati.

3. Resipi sos Dulce De Leche (sebutan DOOL-se de LE-che)

  • satu tin susu pekat manis
Cara-cara
  1. Panaskan oven pada suhu 220° celcius.
  2. Masukkan satu tin susu pekat ke dalam baking dish.
  3. Masukkan baking dish ke dalam bekas yang lebih besar saiznya, masukkan air panas sehingga mencapai setengah dari ketinggian baking dish tadi.
  4. Tutup baking dish dengan alum foil dan masak selama sejam atau sejam 15 minit.
  5. Tambahkan air jika kuantiti air berkurangan.
  6. Keluarkan sos dan tunggu sejuk . Kacau sehingga lembut.

4. Resipi sos praline

Bahan-bahan
  • 1/4 cawan butter
  • 1 1/4 cawan gula perang
  • 16 biji marshmallow
  • 2 sudu besar minyak jagung
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan kacang pecan (dicincang dan dipanggang)
  • 1 sudu kecil vanilla esen
  • secubit garam

Cara-cara

  1. Cairkan butter dengan api kecil.
  2. masukkan gula perang, marshmallow, minyak jagung dan secubit garam.
  3. Kacau selalu sehingga mendidih. Didihkan selama seminit.
  4. Jauhkan dari api dan sejukkan selama 5 minit. 
  5. Masukkan susu cair, kacang pecan dan esen vanila. Gaul sebati

Resipi  Sos Toffee 

bahan-bahan
  • 1/2 cawan butter
  • 2 cawan gula perang
  • 1 cawan minyak jagung
  • 2 sudu besar air
  • 1 tin susu pekat
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara
  1. Cairkan butter dengan api perlahan.
  2. Masukkan gula perang, minyak jagung, air dan susu pekat. 
  3. masak dan kacau sehingga pekat.
  4. Jauhkan dari api dan masukkan  esen vanilla















Tuesday 29 October 2013

Kaedah Mixing

Walaupun terdapat pelbagai teknik dalam pembuatan kek, terdapa dua kaedah mixing yang biasanya digunakan iaitu kaedah creaming dan kaedah muffin.

Kaedah Creaming

Kaedah creaming ialah yang paling biasa digunakan untuk membuat kek,biskut,roti, dan muffin.  Dengan menggunakan kaedah creaming, kita perlu memukul lemak (butter atau shortening) bersama gula sehingga ringan dan barulah ditambah bahan-bahan yang lain. Jika bahan-bahan tadi diadun dengan kaedah creaming yang betul, ia akan menghasilkan kek yang lembut dan lembap. Ini kerana dengan menggunakan kaedah creaming, udara bercampur dengan bahan-bahan adunan.

Langkah-langkah kaedah creaming

  1. Pastikan bahan-bahan yang digunakan berada pada suhu bilik. Pastikan bahan-bahan kering telah ditapis terlebih dahulu
  2. Menggunakan mixer, pukul butter  pada kelajuan rendah. Tingkatkan kelajuan kepada sederhana dan pukul selama  lebih kurang 4 minit sehingga butter menjadi berkrim dan lembut. Tambahkan gula dan pukul lagi sehingga adunan menjadi ringan dan gebu. 
  3. Masukkan telur satu demi persatu dan pastikan adunan menjadi sebati.
  4. Masukkan bahan-bahan kering  dan bahan basah berselang-seli. (bermula dan berakhir dengan bahan kering).
  5. Jangan terlebih mengadun bahan-bahan kek. Jika tidak, kek akan menjadi keras.

Kaedah Muffin

Kaedah muffin adalah yang paling mudah digunakan, namun seringkali boleh berlakunya kesilapan dalam mengadun bahan-bahan.Kaedah ini tidak menggunakan mixer, yang diperlukan adalah mangkuk dan senduk kayu saja. Produk akhir yang dihasilkan melalui kaedah ini adalah lebih berderai berbanding kaedah creaming yang menghasilkan produk akhir yang lembut.

Langkah-langkah kaedah muffin 

  1. Bahan-bahan kering dan basah diasingkan kepada dua kumpulan.
  2. Didalam bekas bahan-bahan kering, buatkan satu lubang ditengah-tengah dan tuangkan bahan-bahan basah. 
  3. Dengan menggunakan senduk kayu, gaulkan bahan-bahan tadi dengan menggunakan tangan sehingga bercampur kedua-duanya. 
  4. Jangan terlebih mengadun bahan-bahan tadi. Jika terdapat gumpalan-gumpalan didalam adunan, itu tidak menjadi masalah. 
  5. (Peringatan : Keseluruhan kaedah muffin hanya memerlukan lebih kurang 20-30 saat sahaja)



Sunday 27 October 2013

Cara Mengatasi Kek Tenggelam di Tengah-tengah


Kek tenggelam?Adakah anda pernah mengalami situasi seperti ini  meskipun anda telah mengikut resipi yang diberikan dan menggunakan bahan-bahan yang sama?Jika ya, jom kenalpasti kenapa kek anda tenggelam dan cara untuk mengatasi masalah ini.

Penggunaan telur terus dari peti ais
Jika anda  menggunakan telur yang disimpan didalam peti ais, kek anda tidak akan naik seperti yang sepatutnya. Gunakan telur pada suhu bilik supaya ia dapat sebati dengan baik bersama bahan-bahan yang lain.

Penggunaan baking powder yang telah tamat tempoh
Walapupun penggunaan baking powder hanya mempengaruhi sedikit sahaja terhadap hasil akhir kek anda, namun jika ianya telah tamat tempoh maka ia akan memberi kesan kepada keseluruhan kek. Jangka hayat baking powder hanya 6 bulan sahaja. Bagaimana hendak mengetahui samada baking powder anda masih boleh digunakan atau tidak ialah dengan satu sudu baking powder ke dalam setengah cawan air panas. Jika terdapat penghasilan buih yang agresif, baking powder anda masih  elok. Jika tidak, gantikan dengan baking powder yang baru.

Terlebih baking powder/ baking soda/ yis
Penggunaan bahan-bahan diatas jika berlebihan boleh membuatkan kek anda tenggelam. Jangan sesekali menambah baking powder jika anda menggunakan tepung naik sendiri. Secara asasnya penggunaan baking powder kepada tepung ialah 1.5 : 1(1.5 sudu kecil baking powder: 1 cawan tepung biasa)  

Terlebih adun
Jika anda mengadun bahan-bahan kek secara berlebihan, kek anda juga boleh tenggelam. Mengadun secara berlebihan hanya akan menambah banyak udara kepada kek tadi. Udara yang terperangkap akan hilang bila anda membakar kek dan semasa proses penyejukan kek. Sebolehnya gunakan kelajuan rendah semasa memukul kek dan tukar kepada kelajuan sederhana bila menambah bahan- bahan kering dan basah. Pukul adunan lebih kurang 2 minit.

Suhu oven
Suhu oven memberi kesan yang besar terhadap kek yang akan dibakar. Pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu. Jika tidak, kek akan dimasak pada suhu rendah dipermulaan dan tidak akan naik sepenuhnya. Untuk memeriksa suhu oven berapa pada bacaan yang betul, gunakan oven termometer yang boleh didapati di kedai pembekal bahan bakeri. Juga,jangan buka pintu oven pada 20 minit pertama. Ini akan mengganggu proses pembakaran kek.



Tips untuk mendapat kek yang sempurna

Memasak kek dan masak lauk pauk tidak sama. Memasak kek memerlukan kita mengikut arahan resipi dan memastikan timbangan bahan-bahan adalah tepat. Berikut disertakan tips yang boleh dijadikan panduan semasa anda membakar kek.


Tips untuk Bahan-bahan
  1. Pastikan telur, keju, butter, atau marjerin adalah bersuhu bilik. Pastikan anda mengeluarkan bahan-bahan ini terlebih dahulu sebelum memulakan proses pembuatan kek.
  2. Bila resipi menyatakan penggunaan butter, pastikan butter yang digunakan adalah jenis unsalted butter.
  3. Pastikan timbangan bahan-bahan yang diperlukan adalah tepat.Gunakan penimbang untuk ukuran yang tepat.
  4. Jika sukatan menggunakan cawan , ratakan permukaan atas bahan-bahan supaya bahan-bahan ini tidak berlebihan.
  5. Jika sesuatu resipi menggunakan susu, anda boleh gantikan dengan yogurt untuk mendapatkan kek yang lembap serta mendapatkan perisa yang berlainan. 
  6. Sekiranya sesuatu resipi menggunakan buttermilk, maka penggunaan baking soda adalah tidak diperlukan.
  7. Pastikan bahan-bahan seperti tepung atau gula diayak terlebih dahulu sebelum digunakan.
  8. Pastikan gula yang digunakan adalah gula kastor kecuali resipi menyatakan gula kasar atau gula icing.


Tips Semasa mengadun bahan-bahan kek


  1. Semasa mengadun butter dan gula, pukulkan selama 3 hingga 4 minit sehingga adunan menjadi berkrim dan bertukar warna menjadi kuning pucat. Ini untuk mendapatkan kek yang ringan dan lembut.
  2. Mulakan dan akhiri sesuatu adunan dengan bahan-bahan kering dan diselang-selikan dengan bahan basah. Ikut formula 3:2( 3 bahagian kering dan 2 bahagian basah).


Tips semasa membakar kek.

  1. Pastikan oven dipanaskan sekurang-kurangnya 10 minit sebelum kek dibakar. Untuk mendapatkan bacaan ketuhar yang betul, anda digalakkan mempunyai oven termometer yang berasingan.
  2. Pastikan cake tin dilenserkan dengan butter terlebih dahulu dan dialas dengan wax paper atau parchment paper. 
  3. Pastikan adunan yang dituang tidak melebihi 2/3 daripada cake tin. Ini kerana kek akan naik semasa dibakar.
  4. Jika anda tidak mahukan kek yang berbukit di permukaan atasnya, anda boleh membakar lapisan demi lapisan.Bahagikan adunan kepada dua atau 3 bahagian yang sama rata. 
  5. Pastikan kek yang dibakar diletakkan di tengah-tengah oven supaya kek akan masak sama rata. Gunakan api atas dan bawah.
  6. Jangan buka oven anda pada 20minit pertama. Ini untuk memastikan kek anda akan naik dengan sempurna dan tidak tenggelam.
  7. Anda boleh menggunakan lidi untuk memeriksa samada kek anda telah masak sepenuhnya atau tidak. Cucukkan ditengah-tengah kek dan sekiranya lidi itu bersih, kek anda telah pun masak

Tips untuk mengeluarkan kek dari cake tin


  1. Pastikan kek disejukkan sebelum dikluarkan dari bekasnya. Tunggu sekurang-kurangnya 20-30 minit.
  2. Lalukan pisau disekeliling cake tin sebelum mengeluarkan kek. Ini untuk memastikan sisi kek tidak melekat dengan cake tin.


Friday 25 October 2013

Jenis-jenis tepung dan perbezaannya

         Tepung menjadi bahan utama dalam pembuatan roti, kuih, pastri atau kek. Terdapat pelbagai jenis tepung dan setiap satunya mempunyai kegunaan yang tertentu. Kita tidak boleh menggantikan tepung yang berlainan sekiranya sesuatu resipi mengkehendakki kita menggunakan tepung yang spesifik. Jika ditukar, berkemungkinan resipi anda tidak akan menjadi.

1. Tepung serba guna/ tepung gandum


Tepung yang paling banyak digunakan dan paling mudah diperolehi Digunakan untuk membuat muffin, kek, cookies dan pie crustt.  Terdapat dua jenis tepung gandum samada unbleached atau bleached. Untuk menyimpan tepung ini simpan didalam bekas yang bertutup rapat dan ia mampu bertahan sehingga 8 bulan.

2. Tepung roti

Digunakan khusus untuk pembuatan roti. kandungan protin dan gluten adalah lebuh dari tepung biasa.

3. Tepung kek


Mempunyai kandungan kanji yang tinggi dan teksturnya adalah lebih halus.  Tepung kek tidak seharusnya digantikan dengan tepung naik sendiri kerana ia akan mempengaruhi hasil akhir kek ataupun muffin. Jika dismpan didalam bekas tetutup dan disimpan di tempat teduh, ia mampu bertahan sehingga satu tahun. Sebelum menggunakan tepung ini, pastikan ianya diayak terlebih dahulu.

4. Tepung naik sendiri

Ia adalah tepung dengan campuran baking powder. Sesuai untuk pembuatan roti, biskut, muffin dan pankek. Untuk menghasilkan tepung naik sendiri, campurkan 1 cawan tepung serba guna dengan 1 1/2 sudu kecil baking powder dan 1 sudu kecil garam

5. Tepung Jagung


Diperbuat daripada jagung, kegunaannya digunakan sebagai agen pemekat untuk sos, sup . Dalam pembuatan biskut, ia digunakan untuk  merangupkan biskut.

6. Tepung biskut/ tepung red rose
Khusus untuk pembuatan biskut. Biskut akan menjadi lebih rangup jika menggunakan tepung ini berbanding tepung biasa.

7. Tepung pulut

Digunakan dalam pembuatan kuih seperti kuih koci, kuih abok-abok , bubur tepung pulut atau dumpling. Ia mempunyai tekstur yang melekit.