Sunday 27 October 2013

Tips untuk mendapat kek yang sempurna

Memasak kek dan masak lauk pauk tidak sama. Memasak kek memerlukan kita mengikut arahan resipi dan memastikan timbangan bahan-bahan adalah tepat. Berikut disertakan tips yang boleh dijadikan panduan semasa anda membakar kek.


Tips untuk Bahan-bahan
  1. Pastikan telur, keju, butter, atau marjerin adalah bersuhu bilik. Pastikan anda mengeluarkan bahan-bahan ini terlebih dahulu sebelum memulakan proses pembuatan kek.
  2. Bila resipi menyatakan penggunaan butter, pastikan butter yang digunakan adalah jenis unsalted butter.
  3. Pastikan timbangan bahan-bahan yang diperlukan adalah tepat.Gunakan penimbang untuk ukuran yang tepat.
  4. Jika sukatan menggunakan cawan , ratakan permukaan atas bahan-bahan supaya bahan-bahan ini tidak berlebihan.
  5. Jika sesuatu resipi menggunakan susu, anda boleh gantikan dengan yogurt untuk mendapatkan kek yang lembap serta mendapatkan perisa yang berlainan. 
  6. Sekiranya sesuatu resipi menggunakan buttermilk, maka penggunaan baking soda adalah tidak diperlukan.
  7. Pastikan bahan-bahan seperti tepung atau gula diayak terlebih dahulu sebelum digunakan.
  8. Pastikan gula yang digunakan adalah gula kastor kecuali resipi menyatakan gula kasar atau gula icing.


Tips Semasa mengadun bahan-bahan kek


  1. Semasa mengadun butter dan gula, pukulkan selama 3 hingga 4 minit sehingga adunan menjadi berkrim dan bertukar warna menjadi kuning pucat. Ini untuk mendapatkan kek yang ringan dan lembut.
  2. Mulakan dan akhiri sesuatu adunan dengan bahan-bahan kering dan diselang-selikan dengan bahan basah. Ikut formula 3:2( 3 bahagian kering dan 2 bahagian basah).


Tips semasa membakar kek.

  1. Pastikan oven dipanaskan sekurang-kurangnya 10 minit sebelum kek dibakar. Untuk mendapatkan bacaan ketuhar yang betul, anda digalakkan mempunyai oven termometer yang berasingan.
  2. Pastikan cake tin dilenserkan dengan butter terlebih dahulu dan dialas dengan wax paper atau parchment paper. 
  3. Pastikan adunan yang dituang tidak melebihi 2/3 daripada cake tin. Ini kerana kek akan naik semasa dibakar.
  4. Jika anda tidak mahukan kek yang berbukit di permukaan atasnya, anda boleh membakar lapisan demi lapisan.Bahagikan adunan kepada dua atau 3 bahagian yang sama rata. 
  5. Pastikan kek yang dibakar diletakkan di tengah-tengah oven supaya kek akan masak sama rata. Gunakan api atas dan bawah.
  6. Jangan buka oven anda pada 20minit pertama. Ini untuk memastikan kek anda akan naik dengan sempurna dan tidak tenggelam.
  7. Anda boleh menggunakan lidi untuk memeriksa samada kek anda telah masak sepenuhnya atau tidak. Cucukkan ditengah-tengah kek dan sekiranya lidi itu bersih, kek anda telah pun masak

Tips untuk mengeluarkan kek dari cake tin


  1. Pastikan kek disejukkan sebelum dikluarkan dari bekasnya. Tunggu sekurang-kurangnya 20-30 minit.
  2. Lalukan pisau disekeliling cake tin sebelum mengeluarkan kek. Ini untuk memastikan sisi kek tidak melekat dengan cake tin.


No comments:

Post a Comment