Sunday 27 October 2013

Cara Mengatasi Kek Tenggelam di Tengah-tengah


Kek tenggelam?Adakah anda pernah mengalami situasi seperti ini  meskipun anda telah mengikut resipi yang diberikan dan menggunakan bahan-bahan yang sama?Jika ya, jom kenalpasti kenapa kek anda tenggelam dan cara untuk mengatasi masalah ini.

Penggunaan telur terus dari peti ais
Jika anda  menggunakan telur yang disimpan didalam peti ais, kek anda tidak akan naik seperti yang sepatutnya. Gunakan telur pada suhu bilik supaya ia dapat sebati dengan baik bersama bahan-bahan yang lain.

Penggunaan baking powder yang telah tamat tempoh
Walapupun penggunaan baking powder hanya mempengaruhi sedikit sahaja terhadap hasil akhir kek anda, namun jika ianya telah tamat tempoh maka ia akan memberi kesan kepada keseluruhan kek. Jangka hayat baking powder hanya 6 bulan sahaja. Bagaimana hendak mengetahui samada baking powder anda masih boleh digunakan atau tidak ialah dengan satu sudu baking powder ke dalam setengah cawan air panas. Jika terdapat penghasilan buih yang agresif, baking powder anda masih  elok. Jika tidak, gantikan dengan baking powder yang baru.

Terlebih baking powder/ baking soda/ yis
Penggunaan bahan-bahan diatas jika berlebihan boleh membuatkan kek anda tenggelam. Jangan sesekali menambah baking powder jika anda menggunakan tepung naik sendiri. Secara asasnya penggunaan baking powder kepada tepung ialah 1.5 : 1(1.5 sudu kecil baking powder: 1 cawan tepung biasa)  

Terlebih adun
Jika anda mengadun bahan-bahan kek secara berlebihan, kek anda juga boleh tenggelam. Mengadun secara berlebihan hanya akan menambah banyak udara kepada kek tadi. Udara yang terperangkap akan hilang bila anda membakar kek dan semasa proses penyejukan kek. Sebolehnya gunakan kelajuan rendah semasa memukul kek dan tukar kepada kelajuan sederhana bila menambah bahan- bahan kering dan basah. Pukul adunan lebih kurang 2 minit.

Suhu oven
Suhu oven memberi kesan yang besar terhadap kek yang akan dibakar. Pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu. Jika tidak, kek akan dimasak pada suhu rendah dipermulaan dan tidak akan naik sepenuhnya. Untuk memeriksa suhu oven berapa pada bacaan yang betul, gunakan oven termometer yang boleh didapati di kedai pembekal bahan bakeri. Juga,jangan buka pintu oven pada 20 minit pertama. Ini akan mengganggu proses pembakaran kek.



No comments:

Post a Comment