Tuesday 29 October 2013

Kaedah Mixing

Walaupun terdapat pelbagai teknik dalam pembuatan kek, terdapa dua kaedah mixing yang biasanya digunakan iaitu kaedah creaming dan kaedah muffin.

Kaedah Creaming

Kaedah creaming ialah yang paling biasa digunakan untuk membuat kek,biskut,roti, dan muffin.  Dengan menggunakan kaedah creaming, kita perlu memukul lemak (butter atau shortening) bersama gula sehingga ringan dan barulah ditambah bahan-bahan yang lain. Jika bahan-bahan tadi diadun dengan kaedah creaming yang betul, ia akan menghasilkan kek yang lembut dan lembap. Ini kerana dengan menggunakan kaedah creaming, udara bercampur dengan bahan-bahan adunan.

Langkah-langkah kaedah creaming

  1. Pastikan bahan-bahan yang digunakan berada pada suhu bilik. Pastikan bahan-bahan kering telah ditapis terlebih dahulu
  2. Menggunakan mixer, pukul butter  pada kelajuan rendah. Tingkatkan kelajuan kepada sederhana dan pukul selama  lebih kurang 4 minit sehingga butter menjadi berkrim dan lembut. Tambahkan gula dan pukul lagi sehingga adunan menjadi ringan dan gebu. 
  3. Masukkan telur satu demi persatu dan pastikan adunan menjadi sebati.
  4. Masukkan bahan-bahan kering  dan bahan basah berselang-seli. (bermula dan berakhir dengan bahan kering).
  5. Jangan terlebih mengadun bahan-bahan kek. Jika tidak, kek akan menjadi keras.

Kaedah Muffin

Kaedah muffin adalah yang paling mudah digunakan, namun seringkali boleh berlakunya kesilapan dalam mengadun bahan-bahan.Kaedah ini tidak menggunakan mixer, yang diperlukan adalah mangkuk dan senduk kayu saja. Produk akhir yang dihasilkan melalui kaedah ini adalah lebih berderai berbanding kaedah creaming yang menghasilkan produk akhir yang lembut.

Langkah-langkah kaedah muffin 

  1. Bahan-bahan kering dan basah diasingkan kepada dua kumpulan.
  2. Didalam bekas bahan-bahan kering, buatkan satu lubang ditengah-tengah dan tuangkan bahan-bahan basah. 
  3. Dengan menggunakan senduk kayu, gaulkan bahan-bahan tadi dengan menggunakan tangan sehingga bercampur kedua-duanya. 
  4. Jangan terlebih mengadun bahan-bahan tadi. Jika terdapat gumpalan-gumpalan didalam adunan, itu tidak menjadi masalah. 
  5. (Peringatan : Keseluruhan kaedah muffin hanya memerlukan lebih kurang 20-30 saat sahaja)



No comments:

Post a Comment