Monday 4 November 2013

Resipi Kuih Seri Ayu yang Lembut

Jom cuba resipi untuk kuih seri ayu ni. Memang lembut dan  sedap sangat. Rasanya dah lama tak makan kuih seri ayu ni. Masa kecil dulu memang mak la yang rajin masak kuih ni. Sekarang kalau nak makan kenalah belajar  buat sendiri sebab tak selalu dapat balik kampung kan. Untuk adunan ini, saya cuma buat setengah adunan sahaja, itu pun dapat menghasilkan lebih kurang 25 biji . Bahan-bahan untuk kuih seri ayu ni senang didapati dan pembuatannya pun tak la rumit sangat..Jom check resipinya.




Resipi Kuih Seri Ayu
Resipi Asal : Raihanna


  • 4 biji telur yang disimpan di dalam peti sejuk
  • 300 gm gula (diblend halus)
  • 250gm tepung gandum
  • 400 ml air
  • 1 biji kelapa diparut
  • sedikit kelapa putih yang diparut
  • 10 helai daun pandan
  • 1 sudu teh tepung ubi / tepung gandum
  • 1 sudu teh pewarna hijau
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu besar ovalett
  • sedikit minyak
  • sedikit garam
  • acuan kuih
Cara-cara

  1. Sediakan air untuk mengukus kuih.Panaskan air  di atas dapur.
  2. Ayakkan tepung bersama dengan baking powder
  3. Gaulkan kelapa parut bersama sedikit garam dan seikit tepung. 
  4. Sapukan minyak pada acuan kuih. Masukkan sedikit kelapa dan tekan-tekankan kelapa supaya ia menjadi kemas


5. Pukul telur dan gula sehingga kembang

6. Masukkan ovalette dan pukul sehingga betul-betul gebu.



7. Potongkan daun pandan dan blendkan bersama air untuk mendapatkan pati daun pandan.
8. Tuangkan pati daun pandan tadi ke atas sebiji kelapa tadi. Perahkan untuk mendapatkan santan kelapa pula. Tunggu beberapa minit sehingga  terbentuknya dua lapisan. Lapisan atas adalah pati manakala lapisan bawah ialah air.
9. Kita hanya memerlukan  bahagian atas sahaja. Ambil sebanyak 250ml sahaja.
10. Kaupkan tepung gandum dan pati santan ke dalam adunan telur tadi. Masukkan berperingkat-peringkat dan pastikan tepung di kaup sebati sebelum  dimasukkan lebihan tepung (JANGAN MASUKKAN SEMUA TEPUNG DAN SANTAN SEKALIGUS, ATAU KUIH AKAN MENJADI BANTAT)
11. Anda boleh menambah sedikit pewarna hijau untuk mendapatkan warna yang sedikit terang.


12. Tuang adunan ke dalam acuan dan kukus selama 10-15 minit. Lapkan penutup kukusan sekali-sekali supaya air tidak menitis di atas kuih tadi.



No comments:

Post a Comment