Simple Buttercream
Buttercream jenis ini paling banyak digunakan oleh pembuat kek . Ia biasa digunakan untuk membuat borders pada kek, bunga ros, dan lain-lain hiasan . Oleh kerana ia menggunakan shortening, buttercream jenis ini tidak mudah cair. Butercream jenis ini adalah yang paling manis diantara jenis-jenis buttercream yang lain. Ini kerana kandungan gulanya adalah dua kali ganda dari kandungan butter.
Resipi:
1/2 cawan vegetable shortening
1/2 cawan butter/ marjerin
1 sudu kecil vanilla
4 cawan gula icing yang ditapis
2 sudu besar susu
Cara membuat:
- Campurkan vegetable shortening dan butter. Krimkan dengan elektrik mixer.
- Masukkan vanilla. Perlahan-lahan masukkan gula icing dan pukul pada kelajuan sederhana.
- Campurkan pula susu setelah gula telah sebati. Pukul sehingga kembang dan dan adunan menjadi ringan.
- Tutup dengan tuala lembap sehingga anda menggunakannya
*resipi ini menghasilkan cawan buttercream
Custard-based buttercream
Dikenali juga dengan nama Bavarian buttercream atau German buttercream. Seperti french buttercream, ini juga mempunya rasa yang lembut dan kaya yang sesuai untuk filling ataupun icing. Ia tidak sesuai untuk hiasan.
Resipi (menghasilkan 12 cawan)
6 biji telur, asingkan putih dan kuning
1 1/2 cawan gula
2 cawan susu krim
1 sudu kecil vanilla
1360grams butter
Cara membuat
- Pukul kuning telur dan 1/2 cawan gula sehingga berkrim dan bertukar warna kuning pucat (lebih kurang 3 minit)
- Panaskan susu dan vanilla sehingga medidih. Jauhkan dari api.
- Masuk satu pertiga daripada susu kedalam adunan kuning telur. Kemudian tuangkan adunan ini kedalam bekas yang berisi susu dan vanilla.Kacau sehingga sebati menggunakan whisk.
- Masak di atas api sederhana sehingga suhu mencecah 185 degree ( antara 4 hingga 5 minit).
- Tapiskan adunan. Tutup permukaan adunan dengan plastik wrap dan sejukkan dalam peti ais.
- Pukul mentega selama 3 minit sehingga bertukar warna kuning pucat dan campurkan adunan custard yang disejukkan tadi.
- Panaskan putih telur dan 1 cawan gula . Menggunakan kaedah double boiler, pastikan gula cair sepenuhnya. Jauhkan dari api dan pukul adunan menggunakan mixer dengan kelajuan tinggi sehingga bertanduk .
- Masukkan putih telur ke dalam adunan butter dan pukul dengan kelajuan sederhana sehingga sebati.
- Buttercream ini boleh bertahan sehingga 3 hari jika disimpan dalam peti ais
Meringue Buttercream
Meringue buttercream terbahagi kepada 3 bahagian iaitu swiss meringue buttercream, italian buttercream, dan french buttercream.
i) Resipi Italian buttercream ( menghasilkan 8 cawan)
1/2 cawan air
430grams gula kastor
6 biji telur(ambil putih sahaja)
680grams butter
1 sudu kecil vanilla esen
Cara Membuat
Setkan timer pada 7 minit .
Masukkan gula dan air dan panaskan diatas api yang sederhana. Jika gula bertukar menjadi gelap, turunkan lagi kepanasan api.
Bila sirap gula tadi mula mendidih selama 5 minit , mulakan memukul putih telur selama 2 minit pada kelajuan tinggi.Apabila timer berbunyi, masukkan sirap gula secara berhati-hati ditepi bekas mixer. Pastikan kelajuan mixer adalah perlahan .
Setkan timer pada 10minit dan kacau pada kelajuan tinggi sehingga terhasilnya tanduk pada adunan.
Potongkan butter kepada ketulan kecil dan tambahkn ke dalam adunan meringue. Pukul sehingga adunan menjadi sebati .
Perlahankan mixer dan masukkan vanilla. Jangan lupa mengikis tepi bekas mixer supaya adunan sekata.
ii) Resipi Swiss buttercream(untuk saiz 9-inch kek)
1 cawan gula
4 biji putih telur
390 gram butter
1 sudu kecil vanilla esen
cara membuat
- Dengan menggunakan kaedah double boiler, kacau gula bersama putih telur. Kacau sehingga gula larut dalamputih telur
- Tukarkan adunan ke dalam mangkuk mixer, dan pukul sehingga ia menjadi putih dan saiznya menjadi dua kali ganda.
- Campurkan vanilla. Pukul lagi dan masukkan butter sedikit demi sedikit.
- Pukul lebih kurang 15 minit sehingga semua bahan bersatu
iii) resipi french buttercream
1 cawan butter
2/3 cawan gula
1/4 cawan tepung
3/4 cawan susu
1 sudu kecil vanilla
Cara membuat
- campurkan gula, tepung, garam, dan masukkan susu
- masak di aitas api sederhana dan masak sehingga pekat
- Pindahkan ke dalam mangkuk mixer, dan biarkan sejuk
- dengan kelajuan sederhana-tinggi, pukul adunan setelah dimasukkan butter.
- masukkan vanilla dan pukul lagi sehingga sebati
- Sejukkan icing beberapa minit sebelum digunakan
No comments:
Post a Comment