Thursday, 17 October 2013
Kenapa Perlu Menguli(kneading) Roti
Menguli atau meramas adunan biasanya digunakan dalam pembuatan roti atau doh pasta untuk mensebatikan bahan-bahan dan menambah kekuatan kepada hasil akhir sesuatu roti atau pasta. Doh yang diuli akan menjadi kenyal dan seakan berspring. Sekiranya tidak diuli, roti atau pasta tadi akan menjadi padat dan akan temggelam sekiranya dibakar.
Kerja menguli boleh dilakukan dengan tangan , dengan mnggunakan mesin penguli atau mesin roti. Doh yang telah diuli akan direhatkan sebentar supaya adunan atau doh akan naik. Selepas adunan naik kita perlu menumbuk adunan sekali atau dua untuk membebaskan sebarang lubang udara yang terhasil. dan membentuk tekstur yang sekata pada adunan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment