Showing posts with label shortening. Show all posts
Showing posts with label shortening. Show all posts

Sunday, 20 October 2013

Perihal Fondant

       Fondant selalu digunakan dalam menghias kek dan secara amnya mengandungi gelatin, air, fructose, gula icing dan glycerin. Fondant terbahagi kepada 3 jenis iaitu rolled fondant, pourable fondant dan sculpting fondant. Rolled fondant digunakan untuk menutup kek dan ia sebenarnya adalah lembut tetapi akan bertukar menjadi keras sekiranya dibiarkan terdedah kepada udara. Pourable fondant pula mempunya konsistensi yang serupa dengan coklat ganache dan digunakan untuk menghias petit four, cookies atau cupcake. Sculpting fondant pula lebih tebal, berat dan tahan lasak. Ia selalunya digunakan untuk membuat figurines.

TIPS JIKA MENGGUNAKAN FONDANT


  • Simpan fondant ditempat yang teduh dan kering dan pastikan ia disimpan di dalam bekas kalis udara
  • Fondant tidak sesuai disimpan di dalam peti sejuk kerana ada proses kondensasi yang akan membuatkan fondant menjadi lembut.
  • Sebelum menggunakan rolled fondant, pastikan kek telah di crumb coat dengan buttercream.
  • Pastikan anda bekerja dengan cepat jika menggunakan fondant. Jika tidak fondant akan menjadi keras dan sukar dibentuk.
  • Semasa menghias kek dengan fondant, pastikan fondant diletakkan di dalam plastik wrap supaya ia tidak mengering
  • Jangan sesekali menyimpan kek yang dihias dengan fondant di dalam peti sejuk. Fondant akan berpeluh di dalam peti sejuk. Simpan kek yag telah dihias ditempat yang sejuk(lebih kurang 20 degrees).
  • Jangan menghias kek yang baru dikeluarkan dari peti sejuk. Tunggu sehingga kek mencapai suhu bilik.
  • Jangan menggunakan fondant yang telah kering  kerana ini akan membuatkan bahagian tepi kek merekah.
  • Jika mewarnakan fondant dengan warna gelap seperti merah, coklat, atau ungu sebolehnya dilakukan sehari lebih awal.
  • Jika fondant terlalu lembut dan melekit ketika hendak diuli, tambahkan sedikit gula icing.
  • Untuk mengelakkan fondant dari melekat di permukaan ruang kerja anda, taburkan tepung jagung di permukaan ruangan itu.
  • Untuk mengelakkan fondant melekat ditangan anda, sapukan shortening dikedua-dua tangan sebelum kerja menguli dilakukan.
  • Rolled fondant yang berbaki boleh bertahan sehingga 2 bulan sekiranya cara penyimpan adalah betul.


Resipi fondant icing
6 cawan gula icing (ditapis)
1/2 cawan air
2tablespoons minyak jagung


  1. Masukkan gula, air dan minyak jagung di dalam periuk. Dengan mengunakan api yang perlahan, pastikan semua bahan sebati. 
  2. Jauhkan dari api. pastikan suhu tidak melebihi 100F
  3. Tunggu sehingga sejuk dan bolehlah digunakan untuk menghias cupcake( pastikan di crumb coat dengan sedikit buttercream) dan cookies.

Resipi rolled fondant

Resipi 1
 2 1/2 cawan gula
2/3 cawan air
1 cawan lemak sayuran (shortening)
1 sudu kecil vanilla esen
5 cawan gula icing

  1. Campurkan gula dan air kedalam periuk dan panaskan sehingga terhasilnya sirap
  2. Didalam mangkuk yang besar campurkan sirap dan juga shortening sehingga sebati
  3. tambahkan vanilla esen
  4. campurkan gula icing sehingga terbentuknya doh
  5. Uli doh sebelum digunakan.
Resipi 2

1sudu besar + 2 sudu kecil gelatin (tiada perisa)
1/4 cawan air sejuk
1/2 cawan glukos
2 sudu besar shortening
8 cawan gula icing
pewarna dan perisa yang diingini

  1. Campurkan gelatin dan air sejuk dan biarkan selama 3 minit. Menggunakan kaedah double boiler, cairkan gelatin sehingga larut. Masukkkan glukos. Kacau sehingga sebati. Masukkan shortening, dan jauhkan dari dapur sebelum ia sebati sepenuhnya. Campurkan pewarna,perisa dan glycerin.
  2. Didalam mangkuk besar, masukkan 4 cawan gula icing. Buatkan lubang ditengah-tengah dan masukkan sebatian yang suam tadi kedalamnya. Dengan menggunakan senduk kayu, kacaukan adunan. Tambahkan lebihan gula icing sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak lagi melekit. 
  3. Uli doh sehingga ia tidak melekit ditangan . Jika adunan terlalu lembut, campurkan gula icing.  Jika terlalu keras, campurkan sedikit air

Resipi Marshmallow fondant

1 paket marshmallow( 16oz)
2-5 sudu besar air
8 cawan gula icing
1/2 cawan shortening

  1. Untuk mencairkan marshmallow, panaskan didalam microwave selama 30 saat. Keluarkan dan kacau. Masukkan semula ke dalam microwave dan panaskan lagi selama 30 saat. Ulangi proses sehingga marshamllow tadicair sepenuhnya.
  2. Campurkan gula icing (lebih kurang 3/4 dari amaun sebenar) ke dalam marshmallow. Gaulkan gula. Pewarna dan perisa boleh dimasukkan ketika ini. 
  3. Dengan menggunakan shortening yang banyak, sapukan pada ruang kerja anda dan juga ditangan anda. Ulikan doh tadi sehingga ia tidak lagi melekit. Campurkan gula sedikit demi sedikit dan sentiasa sapukan ruang kerja dan tangan dengan shortening supaya fondant tidak melekat.Uli lebih kurang dalam 8 minit.








Saturday, 19 October 2013

Jenis -jenis Buttercream dan Resipi

Buttercream selalu digunaan untuk menghias kek, kek span, pencuci mulut atau butter cake. Kandungan utamanya ialah lemak dan gula. Terdapat pelbagai jenis buttercream. Ada yang mengandungi telur, ada yang hanya mengandungi lemak,  gula dan butter. Kebanyakkan resipi buttecream menggunakan gula icing disebabkan ia mudah larut dan lebih hablus. Kita boleh mempelbagaikan buttercream dengan  menambahkan pewarna, perisa, atau puri buah-buahan.

Simple Buttercream 


Buttercream jenis ini paling banyak digunakan oleh pembuat kek . Ia biasa digunakan untuk membuat  borders pada kek, bunga ros, dan lain-lain hiasan . Oleh kerana  ia menggunakan shortening, buttercream jenis ini tidak mudah cair. Butercream jenis ini adalah yang paling manis diantara jenis-jenis buttercream yang lain. Ini kerana kandungan gulanya adalah dua kali ganda dari kandungan butter.

Resipi:
1/2  cawan vegetable shortening
1/2 cawan butter/ marjerin
1 sudu kecil vanilla
4 cawan gula icing yang ditapis
2 sudu  besar susu

Cara membuat:
  • Campurkan vegetable shortening dan butter. Krimkan dengan elektrik mixer.
  • Masukkan vanilla. Perlahan-lahan masukkan gula icing dan pukul pada kelajuan sederhana.
  • Campurkan  pula susu setelah gula telah sebati. Pukul sehingga kembang dan dan adunan menjadi ringan.
  • Tutup dengan tuala lembap sehingga anda menggunakannya 
  •  
*Seeloknya simpan di dalam peti sejuk apabila tidak digunakan.  Jika disimpan di dalam bekas kedap udara, ia mampu bertahan sehingga 2 minggu. Apabila hendak menggunakannya, pukul semula adunan buttercream
*resipi ini menghasilkan  cawan buttercream

Custard-based buttercream 



Dikenali juga dengan nama Bavarian buttercream atau German buttercream. Seperti french buttercream, ini juga mempunya rasa yang lembut dan kaya yang sesuai untuk filling ataupun icing. Ia tidak sesuai untuk  hiasan.

Resipi (menghasilkan 12 cawan)
6 biji telur, asingkan putih dan kuning
 1  1/2 cawan gula
2 cawan susu  krim
1 sudu kecil vanilla
1360grams butter

Cara  membuat
  • Pukul kuning telur dan 1/2 cawan gula sehingga berkrim dan bertukar warna   kuning pucat (lebih kurang 3 minit)
  • Panaskan susu dan vanilla sehingga medidih. Jauhkan dari api.
  • Masuk satu pertiga daripada susu kedalam adunan kuning telur. Kemudian tuangkan adunan ini kedalam bekas yang berisi susu dan vanilla.Kacau sehingga sebati menggunakan whisk.
  • Masak di atas  api sederhana sehingga suhu mencecah 185 degree ( antara 4 hingga 5 minit).
  • Tapiskan adunan. Tutup permukaan adunan dengan  plastik wrap dan sejukkan dalam peti ais.
  • Pukul mentega selama 3 minit sehingga bertukar warna kuning pucat dan campurkan adunan custard yang disejukkan tadi.
  • Panaskan  putih telur dan 1 cawan gula . Menggunakan kaedah double boiler, pastikan gula cair sepenuhnya.  Jauhkan dari api dan pukul adunan menggunakan mixer dengan kelajuan tinggi sehingga bertanduk .
  • Masukkan putih telur ke dalam adunan butter  dan pukul dengan kelajuan sederhana sehingga sebati.
  • Buttercream ini boleh bertahan sehingga 3 hari jika disimpan dalam peti ais

Meringue Buttercream

Meringue buttercream terbahagi kepada 3 bahagian iaitu swiss meringue buttercream, italian buttercream, dan french buttercream.

i) Resipi Italian buttercream ( menghasilkan 8 cawan)
1/2 cawan air
430grams gula kastor
6 biji telur(ambil putih sahaja)
680grams butter
1 sudu kecil vanilla esen

Cara Membuat
Setkan timer pada 7 minit .
Masukkan gula dan air dan panaskan diatas api yang sederhana. Jika gula bertukar  menjadi gelap, turunkan lagi kepanasan api.
Bila sirap gula tadi mula mendidih selama 5 minit , mulakan memukul putih telur selama 2 minit pada kelajuan tinggi.Apabila timer berbunyi, masukkan  sirap gula secara berhati-hati ditepi  bekas mixer. Pastikan kelajuan mixer adalah perlahan .
Setkan timer pada 10minit  dan kacau pada kelajuan tinggi sehingga terhasilnya tanduk pada adunan.
Potongkan butter kepada ketulan kecil dan tambahkn ke dalam adunan meringue. Pukul sehingga adunan menjadi sebati .
Perlahankan mixer dan masukkan vanilla. Jangan lupa mengikis tepi bekas mixer supaya adunan sekata.



ii) Resipi Swiss buttercream(untuk  saiz 9-inch kek)
1 cawan gula
4 biji putih telur
390 gram butter
1 sudu kecil vanilla esen

cara membuat
  •  Dengan menggunakan kaedah double boiler, kacau gula bersama putih telur. Kacau sehingga gula larut dalamputih telur
  • Tukarkan adunan ke dalam mangkuk mixer, dan pukul sehingga ia menjadi putih dan saiznya menjadi dua kali ganda.
  • Campurkan vanilla. Pukul lagi dan masukkan butter sedikit demi sedikit.
  • Pukul lebih kurang 15 minit sehingga semua bahan bersatu


 iii) resipi  french buttercream
1 cawan butter
2/3 cawan gula
1/4 cawan tepung
3/4 cawan susu
1 sudu kecil vanilla

Cara membuat

  • campurkan gula, tepung, garam, dan masukkan susu
  • masak di aitas api sederhana dan masak sehingga pekat
  • Pindahkan ke dalam mangkuk mixer, dan biarkan sejuk
  • dengan kelajuan sederhana-tinggi, pukul adunan setelah dimasukkan butter.
  • masukkan vanilla dan pukul lagi sehingga sebati
  • Sejukkan icing beberapa minit sebelum digunakan