Tuesday 22 October 2013

Tips dan Resipi untuk kek span

Kek span ialah kek yang berasaskan tepung, gula, dan telur.  Kek span dipercayai kek terawal yang tidak  mengadungi yis. Kek span biasanya digunakan didalam tiramisu atau swiss roll.

Resipi kek span
8 biji telur ( pisahkan putih dan kuning)
190gm gula
95gm tepung
55gm tepung jagung
45gm butter, cairkan
vanilla esen

Cara Membuat
  1. Panaskan oven pada suhu 180C
  2. Dengan menggunakan elektrik mixer, pukul kuning telur dengan kalajuan tinggi sehingga berkrim.
  3. Selepas seminit campurkan 2 sudu besar gula. Kacau sehingga adunan menjadi pekat.
  4. Campurkan vanilla esen dan pukul lagi sehingga adunan menjadi dua kali ganda dari kandungan asal.
  5. Basuh bersih pemukul mixer dan pastikan tiada sisa kuning telur yang terlekat padanya. 
  6. Jika tidak, ia akan mempengaruhi putih telur yang akan dipukul kemudian.
  7. Didalam bekas yang berlainan, pukul putih telur dengan kelajuan tinggi  sehingga bertukar warna putih dan berbuih.
  8. Perlahan-lahan masukkan gula sedikit demi sedikit. Adunan menjadi sempurna setelah adunan melekat pada pemukul dan tidak menitik. Pada saat ini, matikan elektrik mixer anda. 
  9. Masukkan adunan kuning telur ke dalam adunan putih telur dan fold perlahan-lahan menggunakan spatula.
  10. Campurkan tepung gandung dan tepung jagung. Pastikan campuran diayak terlebih dahulu. Campurkan ke dalam adunan telur tadi dan fold lagi. Campurkan butter yang telah dicairkan dan kacau.
  11. Masukkan ke dalam spring-form pan dan ratakan adunan menggunakan spatula. Goyang-goyangkan sedikit bekas tadi untuk menyingkirkan ruang-ruang udara yang terhasil.
  12. Masak selama 30 minit.  


Tips memasak kek span

Campurkan serbuk koko jika inginkan kek coklat span.
Jangan terlebih fold semasa mencampurkan adunan kuning telur dan putih telur. Jika tidak, kek akan menjadi berat dan tidak ringan seperti yang sepatutnya.
Bekas kek perlu dilapik dengan grease proof papers atau kertas parchment setelah disapu butter di sekelilingnya dan tapaknya.

No comments:

Post a Comment