Monday 21 October 2013

Peralatan Asas Untuk Fondant

       Ada beberapa peralatan asas yang anda perlu ada sekiranya anda baru saja menggunakan fondant untuk menghias kek anda. Dengan adanya peralatan asas ini, anda tidak perlu melaburkan banyak wang untuk peralatan yang tidak sepatutnya. Semakin anda mahir menggunakan fondant, barulah anda membeli peralatan tambahan yang sepatutnya.

1. Rolling pin
Digunakan untuk mencanai fondant.  Ada yang didatangkan dengan ring supaya mudah untuk kita mendapat ketebalan yang diingini






2. Rolling Mat
Rolling mat ini mempunyai permukaan yang tidak melekat. Jadi kita tidak perlu menggunakan tepung jagung pada ruang kerja kita. Ia juga mempunyai ukuran yang disediakan untuk tujuan memudahkan pengukuran fondant.




3. Round cookies cutter
Digunakan untuk memotong bentuk bulatan.



4. Fondant smoother / cake glider
Digunakan untuk melicinkan permukaan kek yang dilitupi oleh fondant dan memberikan kemasan yang baik





5.Fondant cutter and embosser
Digunakan untuk memotong fondant dan memberi tekstur pada riben fondant





No comments:

Post a Comment