Sunday 20 October 2013

Perihal Fondant

       Fondant selalu digunakan dalam menghias kek dan secara amnya mengandungi gelatin, air, fructose, gula icing dan glycerin. Fondant terbahagi kepada 3 jenis iaitu rolled fondant, pourable fondant dan sculpting fondant. Rolled fondant digunakan untuk menutup kek dan ia sebenarnya adalah lembut tetapi akan bertukar menjadi keras sekiranya dibiarkan terdedah kepada udara. Pourable fondant pula mempunya konsistensi yang serupa dengan coklat ganache dan digunakan untuk menghias petit four, cookies atau cupcake. Sculpting fondant pula lebih tebal, berat dan tahan lasak. Ia selalunya digunakan untuk membuat figurines.

TIPS JIKA MENGGUNAKAN FONDANT


  • Simpan fondant ditempat yang teduh dan kering dan pastikan ia disimpan di dalam bekas kalis udara
  • Fondant tidak sesuai disimpan di dalam peti sejuk kerana ada proses kondensasi yang akan membuatkan fondant menjadi lembut.
  • Sebelum menggunakan rolled fondant, pastikan kek telah di crumb coat dengan buttercream.
  • Pastikan anda bekerja dengan cepat jika menggunakan fondant. Jika tidak fondant akan menjadi keras dan sukar dibentuk.
  • Semasa menghias kek dengan fondant, pastikan fondant diletakkan di dalam plastik wrap supaya ia tidak mengering
  • Jangan sesekali menyimpan kek yang dihias dengan fondant di dalam peti sejuk. Fondant akan berpeluh di dalam peti sejuk. Simpan kek yag telah dihias ditempat yang sejuk(lebih kurang 20 degrees).
  • Jangan menghias kek yang baru dikeluarkan dari peti sejuk. Tunggu sehingga kek mencapai suhu bilik.
  • Jangan menggunakan fondant yang telah kering  kerana ini akan membuatkan bahagian tepi kek merekah.
  • Jika mewarnakan fondant dengan warna gelap seperti merah, coklat, atau ungu sebolehnya dilakukan sehari lebih awal.
  • Jika fondant terlalu lembut dan melekit ketika hendak diuli, tambahkan sedikit gula icing.
  • Untuk mengelakkan fondant dari melekat di permukaan ruang kerja anda, taburkan tepung jagung di permukaan ruangan itu.
  • Untuk mengelakkan fondant melekat ditangan anda, sapukan shortening dikedua-dua tangan sebelum kerja menguli dilakukan.
  • Rolled fondant yang berbaki boleh bertahan sehingga 2 bulan sekiranya cara penyimpan adalah betul.


Resipi fondant icing
6 cawan gula icing (ditapis)
1/2 cawan air
2tablespoons minyak jagung


  1. Masukkan gula, air dan minyak jagung di dalam periuk. Dengan mengunakan api yang perlahan, pastikan semua bahan sebati. 
  2. Jauhkan dari api. pastikan suhu tidak melebihi 100F
  3. Tunggu sehingga sejuk dan bolehlah digunakan untuk menghias cupcake( pastikan di crumb coat dengan sedikit buttercream) dan cookies.

Resipi rolled fondant

Resipi 1
 2 1/2 cawan gula
2/3 cawan air
1 cawan lemak sayuran (shortening)
1 sudu kecil vanilla esen
5 cawan gula icing

  1. Campurkan gula dan air kedalam periuk dan panaskan sehingga terhasilnya sirap
  2. Didalam mangkuk yang besar campurkan sirap dan juga shortening sehingga sebati
  3. tambahkan vanilla esen
  4. campurkan gula icing sehingga terbentuknya doh
  5. Uli doh sebelum digunakan.
Resipi 2

1sudu besar + 2 sudu kecil gelatin (tiada perisa)
1/4 cawan air sejuk
1/2 cawan glukos
2 sudu besar shortening
8 cawan gula icing
pewarna dan perisa yang diingini

  1. Campurkan gelatin dan air sejuk dan biarkan selama 3 minit. Menggunakan kaedah double boiler, cairkan gelatin sehingga larut. Masukkkan glukos. Kacau sehingga sebati. Masukkan shortening, dan jauhkan dari dapur sebelum ia sebati sepenuhnya. Campurkan pewarna,perisa dan glycerin.
  2. Didalam mangkuk besar, masukkan 4 cawan gula icing. Buatkan lubang ditengah-tengah dan masukkan sebatian yang suam tadi kedalamnya. Dengan menggunakan senduk kayu, kacaukan adunan. Tambahkan lebihan gula icing sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak lagi melekit. 
  3. Uli doh sehingga ia tidak melekit ditangan . Jika adunan terlalu lembut, campurkan gula icing.  Jika terlalu keras, campurkan sedikit air

Resipi Marshmallow fondant

1 paket marshmallow( 16oz)
2-5 sudu besar air
8 cawan gula icing
1/2 cawan shortening

  1. Untuk mencairkan marshmallow, panaskan didalam microwave selama 30 saat. Keluarkan dan kacau. Masukkan semula ke dalam microwave dan panaskan lagi selama 30 saat. Ulangi proses sehingga marshamllow tadicair sepenuhnya.
  2. Campurkan gula icing (lebih kurang 3/4 dari amaun sebenar) ke dalam marshmallow. Gaulkan gula. Pewarna dan perisa boleh dimasukkan ketika ini. 
  3. Dengan menggunakan shortening yang banyak, sapukan pada ruang kerja anda dan juga ditangan anda. Ulikan doh tadi sehingga ia tidak lagi melekit. Campurkan gula sedikit demi sedikit dan sentiasa sapukan ruang kerja dan tangan dengan shortening supaya fondant tidak melekat.Uli lebih kurang dalam 8 minit.








No comments:

Post a Comment