Sunday 13 October 2013

Perihal Baking Powder

Baking powder atau dikenali sabagai serbuk penaik digunakan untuk menaikkan kek atau roti. Ia akan bertindak balas dengan haba atau lembapan atau kedua-duanya sekali. Terdapat dua jenis baking powder iaitu single-acting baking powder dan double action baking powder.

 Single-acting baking powder bertindakbalas dengan bahan berasaskan air untuk membentuk buih-buih sebaik sahaja bahan-bahan tadi dicampurkan. Sekiranya anda tidak membakar terus kek anda, kemungkinan kek anda akan menjadi rata dan tidak akan naik.

 Doble-action baking powder pula akan menghasilkan buih-buih sebaik saja bahan-bahan dicampurkan tetapi selalunya ia menjadi aktif bila terkena haba. Kebanyakkan baking powder yang berada dalam pasaran adalah double acting baking powder oleh kerana faktor ketidakgagalannya.

Untuk menyimpan baking powder pastikan ia disimpan di tempat yang kering, jauh dari lembapan dan kepanasan. Sekiranya disimpan di dalam peti sejuk, maka baking powder tadi tidak akan aktif kerana telah bercampur dengan lembapan. Untuk hasil yang memuaskan, biasanya baking powder digunakan dalam masa 3 hingga 6 bulan sahaja.

No comments:

Post a Comment