Saturday 12 October 2013

Kaedah Bain Marie

Bain marie? Apa tu? Sebenarnya kaedah bain marie berasal dari Perancis dan digunakan untuk memasak pencuci mulut seperti creme brulee, custard dan juga kek keju. Ia juga dikenali dengan kaedah 'water bath'.

 Bagaimana kaedah bain marie diaplikasikan? Selalunya menggunakan bekas kaserol atau bekas kaca tahan panas, isikan air panas kedalam bekas tersebut. Letakkan masakan anda ke dalam bekas ramekin ataupun untuk kek keju jika menggunakan springform pan(pastikan berbalut dengan alum foil. Kuantiti air hendaklah hampir separuh daripada ketinggian ramekin tadi. Kandungan air hendaklah diperiksa selalu. Sekiranya air berkurangan tambahkan saja air panas ke dalam bekas kaserol. Sekiranya air tadi mendidih, maknanya suhu ketuhar amat tinggi, maka kurangkan sedikit suhunya.

 Dengan menggunakan kaedah bain marie atau water bath, masakan kita akan dimasak secara perlahan dan sekata. Ini adalah kaedah yang paling bagus untuk mendapatkan dessert yang berkrim dan tidak mempunyai permukaan yang kering.

No comments:

Post a Comment