Friday 11 October 2013

Cara Menuang Coklat Ganache Di Atas Kek

Jom belajar cara yang betul untuk menuang coklat ganache di atas kek dan juga disisi kek. Sebaiknya sebelum menuang coklat ganache, kek hendaklah di crumb coat terlebih dahulu dan disejukkan dalam peti ais sebentar. Ini bertujuan supaya coklat ganache akan melekat elok diatas kek.

Biarkan coklat ganache sejuk sebentar selepas dicairkan. Jika coklat ganache dituang semasa masih panas, kek cuma akan dilaputi secara nipis sahaja. Biarkan coklat ganache sejuk  tapi tidak terlampau sejuk sehingga kita boleh meratakan ganache di atas coklat( coklat ganache  jenis ini biasanya digunakan sebagai filling kek atau pun untuk hiasan kek).

Ambil baking sheet dan lapikkan dengan greaseproof  paper. Tujuan meletakkan  greaseproof paper adalah untuk mengelakkan dapur dari menjadi comot dan supaya mudah untuk kita mengumpulkan semula saki baki coklat ganache.  Letakkan  cooling rack diatasnya dan diikuti kek.

Dengan menggunakan senduk atau measurement cup, tuangkan  coklat ganache ditengah-tengah kek.   Anda mungkin perlu menuangkan coklat ganache beberapa senduk ditengah-tenah kek. Kemudian tuangkan coklat ganache ditepi kek( bahagian atas)  untuk menutupi sisi kek  yang tidak disaluti coklat ganache tadi.

Setelah selesai proses meletakkan coklat ganache dengan menggunakan spatula yang panjang , angkat kek dan letakkan di atas cake board. Kemudian dibiarkan cokat mengeras dan bolehlah anda hias dengan buah-buahan, whipped cream atau apa-apa dekorasi yang anda inginkan.


No comments:

Post a Comment