Thursday 10 October 2013

Pelbagai Resipi Untuk Coklat Ganache

Secara amnya coklat ganache bermaksud coklat yang likat hasil campuran coklat dan heavy cream. Coklat ganache biasanya digunakan sebagai glaze untuk pastri ataupun pencuci mulut, filling untuk kek atau untuk membuat coklat truffle.

Resipi yang biasa digunakan untuk  membuat coklat ganache adalah menggunakan cream dan coklat dengan ratio 2: 1 ( 2 bahagian coklat dan 1 bahagian cream) . Biasanya coklat yang digunakan adalah coklat jenis semi-sweet, atau bittersweet. Biasanya coklat dicairkan dengan kaedah double-boiler.

 
Berikut disertakan beberapa  jenis resipi untuk coklat  ganache. Terpulang kepada selera  anda  untuk menggunakan yang mana satu.

Coklat ganache dengan susu

2 cawan  dark coklat
1  cawan susu (full cream / low fat)
1 cawan butter

Coklat ganache dengan susu pekat dan cream

340gm coklat
1/4 teaspoon garam
390gm susu pekat
2 sudu besar butter
1  sudu kecil vanilla


cairkan coklat melalui kaedah double boiler.
Setelah coklat cair, masukkan  pula susu pekat. Kacau 1 atau 2 minit sehingga sebati
Alihkan dari api, tambahkan butter dan vanilla

Coklat ganache dengan sirap glukos

 300g krim putar (whipping cream)
600g coklat masakan - cincang
1/2 cawan sirap glukos/madu
2 sudu kecil mentega

- Panaskan whipping cream sehingga hampir mendidih. Curahkan ke atas coklat dan kacau sebati.
- Masukkan sirap glukos
- Akhir sekali masukkan mentega






No comments:

Post a Comment