Wednesday 9 October 2013

Kenali Jenis-Jenis Coklat

           Secara amnya coklat terbahagi kepada 5 jenis iaitu White chocolate, Dark Chocolate, Milk chocolate, bittersweet chocolate, dan unsweetened chocolate. Jenis coklat-coklat ini biasanya dihasilkan dengan koko biasa yang biasanya lebih banyak pengeluarannya  atau koko istimewa yang mana lebih mahal dan berbau harum atau campuran kedua-duanya.
       
1. WHITE CHOCOLATE  

Coklat jenis ini dihasilkan dengan campuran cocoa butter(dikenali juga dengan nama THEOBROMA OIL,iaitu lemak sayuran yang diekstrak daripada  biji koko) , gula, zat pengemulsi, vanilla, dan kadangkala berlainan perasa.  Coklat ini mempunyai rasa yang lembut dan menenangkan. Selalunya coklat ini digunakan untuk membuat coklat mousse, panna cotta, atau pencuci mulut yang lain-lain.



2. MILK CHOCOLATE

Biasanya coklat ini mengandungi 10-20% cocoa solids (produk akhirnya dikenali sebagai serbuk koko) dan lebih daripada 12% milk solids. Rasa milk chocolate ini biasanya lebih manis daripada dark chocolate.


3. DARK CHOCOLATE

Dark chocolate biasanya terbahagi kepada sweet, semi-sweet, bittersweet atau unsweetened. Tiada milk solids dicampurkan ke dalam dark chocolate.  Jika sesuatu resipi mengkehendaki anda menggunakan dark chocolate, cubalah semi-sweet  sebagai permulaan. Beberapa kebaikan dark chocolate ialah ia boleh merendahkan tekanan darah tinggi anda, mengurangkan risiko terkena strok, mengawal kandungan gula dalam  badan, mengurangkan risiko kavitis, dan ia tinggi kandungan vitamin dan mineral seperti zat besi, pottasium dan magnesium.


4. BITTERSWEET CHOCOLATE

Coklat ini mempunyai rasa yang lebih mendalam dan lebih pahit daripada sweet-dark atau coklat semi-sweet. Coklat ini selalu digunakan dalam pembuatan kek  atau masakan. Jika sesuatu resipi masakan menggunakan coklat ini, jangan gantikan dengan semi-sweet atau sweet chocolate.


5.UNSWEETENED CHOCOLATE

Lebih dikenali dengan nama coklat masakan. Walaupun rupa dan aromanya kelihatan seperti coklat-coklat yang lain, ia mempunya rasa yang sedikit pahit dan lebih sesuai digunakan dalam pembuatan kek berbanding dimakan begitu sahaja. Coklat ini mengandungi 100% cocoa solids.




         

No comments:

Post a Comment