Monday 14 October 2013

Kenapa Tidak Boleh Guna Telur dan Butter Yang Sejuk Semasa Memasak Kek

Kebanyakkan resepi untuk kek memerlukan kita menggunakan telur dan butter pada suhu bilik. Bolehkan jika kita hendak menggunakan bahan-bahan tersebut dalam keadaan sejuk? Sebenarnya jika kita menggunakan telur dan butter pada suhu bilik, bahan-bahan tersebut akan lebih mudah sebati. Ini akan membuatkan kek kita menjadi ringan dan gebu. Jika kita menggunakan bahan yang sejuk, kek akan menjadi padat dan berat.

 Berikut adalah cara mudah untuk anda menjadikan telur dan butter pada suhu bilik. Jika telur anda masih sejuk, rendamkan ke dalam air paip selama 10-15 minit atau sehingga ia tidak lagi sejuk bial disentuh.

 Untuk butter pula, anda boleh potongkan butter kepada beberapa bahagian kecil dan biarkan ia pada suhu bilik. Jika anda ada microwave, masukkan butter bersama pembalutnya sekali. Panaskan selama 5 saat dan terbalikkan pula sisi yang berlainan dan dipanaskan selama 5 saat juga. Pastikan setiap sisi dipanaskan sama rata.

No comments:

Post a Comment