Tuesday 15 October 2013

Jenis-jenis Gula

      Terdapt pelbagai jenis gula dan setiap satunya ada fungsi dan kegunaannya yang tersendiri. Semasa proses membuat kek pastikan kita menggunakan jenis gula yang betul agar hasilnya tidak mengecewakan.

  Gula Putih Biasa(granulated white sugar)




Boleh didapati di kebanyakkan dapur kita. Kebanyakkan resipi membuat kek menggunakan gula jenis ini.Gula jenis ini juga amat mudah larut dalam minuman.

Gula Superfine




Dikenali juga dengan nama gula castor, gula ini banyak digunakan untuk membuat meringue dan sangat sesuai untuk pembuatan kek.

Confectioners / Gula Icing / powdered sugar


Ini adalah gula yang dikisar halus sehingga menjadi serbuk dan kemudian ditapis. Gula jenis ini biasanya digunakan dalam frosting,  sebagai pemanis di atas donut, dan sebagainya.

Gula Hiasan atau Sanding Sugar

Biasanya digunakan sebagai hiasan kek dan pastri dan didatangkan dalam pelbagai warna menarik. Bila digunakan sebagai hiasan, ia akan memberikan kesan berkilat kepada sesuatu produk.

Gula Perang/ brown sugar

Gula perang terbahagi kepada dua iaitu light dan dark. Biasnya light brown sugar digunakan untuk membuat sos butterscotch dan dark brown sugar digunakan dalam pembuatan gingerbread.
Gula perang lebih mudah berketul disebabkan kandungan lembapan yang tinggi daripada gula putih.


2 comments: